Skip to main content

SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Tiada rezeki jadi pasukan tiga terbaik -- Aisar Azhar

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aisar.jpg
Ketua pasukan futsal Wilayah Persekutuan, Aisar Azhar, menyifatkan skuadnya tewas kepada tuan rumah, Sarawak, sebagai kekalahan yang mengecewakan selepas perjalanan terhenti di suku akhir Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024.

Meskipun mengawal permainan secara keseluruhan, Aisar mengakui yakin mampu memenangi aksi tersebut namun, terpaksa akur kepada dua kesilapan besar yang menghukum mereka.

Sebagai kapten pasukan, Aisar mengambil sepenuh tanggungjawab terhadap kekalahan itu selain gagal menepati sasaran untuk berada di kedudukan tiga teratas.

"Kekalahan itu lebih mendalam apabila ini merupakan penampilan terakhir saya namun, rezeki tidak memihak kepada kami.

Advertisement

Must Watch Video