Skip to main content

SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Terima kasih Sarawak Bumi Kenyalang!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukma.jpg
Sarawak membuktikan sudah bersedia dengan penganjuran sukan bertemasya berskala lebih besar dengan kejayaan Sukan Malaysia (Sukma) Edisi Ke-21 dengan kemuncaknya dalam satu upacara penutup yang bertaraf antarabangsa di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, sebentar tadi. 

Membawa konsep Matlamat Perpaduan Membara, upacara penutup penganjuran ketiga yang diterapkan Negeri Borneo itu disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sukma Sarawak dianjurkan di sembilan bahagian negeri itu hingga 24 Ogos apabila membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan yang terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 acara campuran.

Pada malam kemuncak yang penuh gilang-gemilang itu turut menampilkan selebriti penyanyi Tanah Air, Ella Aminuddin, De Fam serta Bob Yusof sebagai persembahan meraikan kesemua atlet yang sudah berjuang membanggakan kem negeri masing-masing. 

Pertunjukan bunga api menghiasi malam berprestij itu sekali gus mengakhiri saingan kejohanan dwitahunan berkenaan.


 

Advertisement

Must Watch Video