Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Tenpin boling Perak tuai emas ketiga

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tenpin.jpg
Pasukan Perak menambah koleksi pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menerusi acara tenpin boling kategori beregu lelaki di Megalanes Emart, Batu Kawa, semalam.

Mohamad Faris Zainal Abidin dan Syed Adrees Darwiz Syed Zunizam mengungguli pungutan mata terbanyak mengumpul 2,479 jumlah markah selepas enam pusingan untuk menduduki tempat pertama.

 
Skuad tenpin boling Perak yang dibantu oleh bekas pemain kebangsaan, Syaidatul Afifah, berjaya mengetepikan saingan dari pasukan Melaka dan Pulau Pinang selain mencatatkan jurang perbezaan mata yang ketara.

Advertisement

Must Watch Video