Sukma Sarawak 2024: Tenis MSWP gondol emas berpasukan campuran, tamatkan kemarau 30 tahun

Najmi Iman
Ogos 19, 2024 12:41 MYT
Selain pasukan tuan rumah, Sarawak, Wilayah Persekutuan juga semakin rakus menambah pungutan pingat emas di Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 menerusi sukan tenis, sebentar tadi.
MSWP mengungguli acara berpasukan campuran menewaskan seteru pilihan, Perak, yang diketuai oleh atlet kebangsaan, Shihomi Leong dalam perlawanan akhir menyaksikan skuad MSWP memenangi permainan dengan keputusan akhir 3-2.

??? TERKINI !!! Skuad tenis Wilayah Persekutuan mengakhiri kemarau 30 tahun pingat emas acara berpasukan campuran di SUKMA selepas menewaskan Perak 3-2.@ASTROARENA pic.twitter.com/LJrmZUPL76

— karlnunis (@_karlnunis) August 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lebih menarik, kejayaan itu sekali gus mengakhir kemarau 30 tahun pingat emas acara tersebut untuk membawa pulang emas kejohanan dwitahunan itu.
#Tenis #Sukan Malaysia #Sukma Sarawak #ReadyToRoar #teamWP #UsahaAsasKecemerlangan #WilayahPersekutuanJuara #WilayahPersekutuanKita #WPJUARA2024 #sukmasarawak2024
;