Pengalaman bermain disaksikan depan penyokong rumah ketika perlawanan akhir Kejohanan Universiti ASEAN (AUG) Indonesia, Jun lalu, membantu Zulkifli Abu Hassan Zali memperoleh ketenangan ketika beraksi.
Dia juga adalah antara watak utama dalam membantu pasukan futsal Selangor mara ke final Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak dengan mengatasi tuan rumah 2-0 hari ini.
Pemain Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) untuk pasukan Gombak TOT United itu mendedikasikan kejuaraan kepada ibu dan ayahnya yang tidak dapat bersama memberi sokongan di Sarawak.
"Saya boleh katakan suasana di Sarawak ini sama seperti ketika beraksi di AUG tatkala kami sepasukan harus berdepan sorakan gemuruh penyokong lawan namun, saya harus kekal tenang demi memberi cabaran setimpal kepada Sarawak.
"Ini semua rezeki dan kemenangan ini untuk keluarga saya terutamanya ibu saya kerana mereka tidak mampu untuk terbang ke sini tetapi saya tetap bersyukur atas semua ini," kata pemain Selangor, Zulkifli Abu Hassan Zali.
Shaiful Shamsudin
Fri Aug 23 2024