Pasangan beregu campuran ping pong Selangor, Hui Qi Hun dan Yong Yi Lee, berjaya melakukan ‘comeback’ dengan keputusan 3-2 sekali gus meraih pingat emas dalam perlawanan final yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, hari ini.

Meskipun, ketinggalan tipis dalam set pertama dengan keputusan 9-11 tidak mematahkan motivasi dan semangat Qi Hun-Yi Lee selain meletakkan fokus sepenuhnya terhadap misi menyambar kilauan emas buat Selangor.

Perlawanan menjadi sengit selepas Wilayah Persekutuan mendominasi semula dalam aksi di set ketiga dengan keputusan 11-7 sekali gus menunda kemenangan Selangor untuk meneruskan cabaran di set penentuan.

Tetapi tidak leka dengan kemaraan itu, Selangor meneruskan rentak terbaik untuk mengembalikan kemenangan 11-9 di set terakhir.

Untuk rekod, mereka juga mudah menundukkan pulau pinang dengan keputusan 3-0 di pusingan separuh akhir sebelum ini.

"Kerana pasukan lawan sangat kuat, dalam saingan Terbuka Malaysia sebelum ini mereka juara. Kita memang berikan saingan dan berikan aksi yang terbaik.

"Kita bermain sahaja dan membantu rakan sepasukan. Saya masih 19 tahun, masih boleh bersaing dalam Sukma akan datang." Katanya kepada Nadi Arena.