Sukma Sarawak 2024: Perguruan di Universiti Sukan Guangzhou bawa pulangan emas
Ogos 16, 2024 18:42 MYT
Di sebalik wajah tenang atlet wushu Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP), Wong Hong Man, tersimpan 1001 cerita untuk dikongsikan.
Mula mendekati sukan wushu di bangku sekolah rendah sebagai medium untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa buli -- Hong Man kini menikmati detik terindah dalam kariernya.
Pada ketika dikalungkan pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas mengungguli acara jianshu hari ini— ia mengimbau perjalanan berliku yang harus ditempuhinya.
Wushu bukan hanya sukan di mata Hong Man, malah ian “kehidupan” yang bersifat ilmu hingga membawa dirinya ke China.
"Kami tampak membuat persembahan selama seminit lebih tetapi sebenarnya ia mengambil masa selama beberapa bulan bahkan tahun untuk menguasai sesuatu pergerakan.
"Inilah kerja keras selama 10 tahun. Saya sudah berlatih sejak berumur 8 tahun dan menyertai kejohanan.
"Kami juga sempat mengadakan kem latihan di Universiti Sukan Guangzhou. Saya belajar menguatkan mental misalnya tidak gemuruh apabila berjumpa pencabar handalan," katanya.