Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu ucapannya di Majlis Penutupan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menjelaskan bahawa Sarawak akan menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 nanti.
Perdana Menteri akan melakukan perbincangan dalam satu mesyuarat yang akan berlangsung pada Rabu untuk mengesahkan Sarawak sebagai penganjur bersama.
Dia berharap persiapan dari aspek prestasi atlet dapat dilakukan dari sekarang memandangkan Sukan SEA bertahap antarabangsa hanya dua tahun lagi sahaja.
"Saya bagi pihak kerajaan Malaysia bersetuju Sarawak bersama kerajaan Malaysia, menganjurkan Sukan SEA 2027.
"Sarawak mempunyai keupayaan, prasarana baik dan pasukan juga baik dalam menunjukkan persiapan, komitmen yang luar biasa. Saudara-saudari mampu melaksanakan dengan baik, Insyaallah.
"Dan dua tahun lagi kita bertemu di Selangor untuk Sukma 2026, sama ada Sarawak mampu pertahankan prestasi ini mahupun tidak, kita lihat 2026 nanti.
"Untuk Sukan SEA, kita harus mulakan persiapan daripada sekarang. Kerajaan Persekutuan melalui KBS, kerajaan negeri akan diminta untuk lakukan persiapan bersama badan-badan berkenaan. Untuk meningkatkan prestasi para atlet, olahragawan dan tidak diheret dengan masalah lain."
"Kerana kita telah bersetuju untuk melakukan sukan di peringkat antarabangsa dengan kerjasama kerajaan negeri Sarawak di Kuching maka persiapan harus dimulakan dari sekarang." katanya.
Saufi Tahir
Sat Aug 24 2024