Stadium hoki negeri Sarawak menyaksikan perhitungan epik antara Perak menentang Wilayah Persekutuan dalam aksi separuh akhir hoki berpasukan lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024 selepas Perak melakar kemenangan dramatik menerusi penentuan shoot-out 4-3 apabila kedua-dua pasukan terikat 3-3.

Perak YANG merupakan pasukan pilihan dengan rekod kemenangan seratus peratus sambil masih belum dibolosi. Namun, sebaik pengadil perlawanan meniupkan wisel kelihatan Wilayah Persekutuan mendominasi permainan dalam separuh masa pertama.





Meskipun mendahului 2 kali dalam perlawanan ini, perak menjelmakan sisi pemusnah apabila bangkit untuk mengikat kedudukan dengan dua jaringan yang diraih Perak membuatkan mereka kini sudah meledak 19 jaringan dalam perjalanan melangkah ke final.

Pada ketika Perak diambang kekalahan, Rafaizul Mohamad Saini, menjadi penghalang terakhir buat Wilayah Persekutuan sehingga aksi terpujinya memutlakkan kemaraan Perak ke final buat kali pertama sejak 10 tahun

"Prestasi pasukan bermula dengan cemerlang, mereka lakukan apa yang jurulatih minta. Perak bertahan hingga keputusan terikat 2-2 dan kita menang menerusi penentuan shoot-out.

"Saya percaya dengan pasukan, daripada pemain pertahanan, tengah dan serangan semua berikan 100 peratus." Kata Rafaizul Mohamad Saini.