Dari jaguh Litar Antarabangsa Sepang (SIC) ke juara permainan simulasi e-perlumbaan endurance!

Itulah ungkapan mudah buat wakil e-sukan kontinjen Perak, Muhammad Hasif Zainal Abidin, yang mengetuai kejayaan menggondol pingat emas Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024 di Universiti Swinburne.

Mengikut format pertandingan, perlumbaan berlangsung selama 1j 30m dengan setiap pemandu harus beraksi selama 25 minit secara bergilir-gilir.

Hasif bersama gandingannya, Abdul Yazid Imran Abdul Razak, mendominasi aksi sukan alam maya itu susulan kelebihan menjadi pemandu kereta lumba sebenar menjadi peluang terbaik untuk menunjukkan persembahan berkualiti.

Sebelum ini, mereke berdua turut menyertai Toyota Gazoo Racing musim keenam bagi kategori rookie di litar sebenar.

"Secara perbadi, pencapaian paling membanggakan ialah juara keseluruhan dalam Kejohanan Siri Terbuka Malaysia.

"Kelebihan utama ialah kami mempunyai strategi tersendiri seperti waktu untuk bertukar pelumba dan sebagainya kerana berkat pengalaman yang tinggi dapat memudahkan urusan kami di sini.

"Bagaimana kami menerapkan perlumbaan daripada realiti sebenar kepada e-sukan dengan cara menganggap seperti nisbah 1:1 kerana tiada perbezaan ketara," katanya.