SUKMA
Sukma Sarawak 2024: Pecah rekod temasya, Dhuha Zulfikry tidak jangka raih emas
Atlet renang Wilayah Persekutuan, Muhammad Dhuha Zulfikry, berjaya meraih pingat emas dengan memecahkan rekod temasya dwi tahunan itu meskipun tidak diletakkan sebagai pilihan utama untuk mengungguli saingan acara 200 meter gaya bebas di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, hari ini.
Dia bersaing bersama duo adik beradik yang handal, Jayden Goh Li Jie dan Henry Goh Li Jie yang terun sebagai status pilihan utama kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2024.
Namun, prestasi semasa memihak kepada Dhuha yang memiliki kelebihan renangan jarak jauh sebagai elemen kekuatan utama dengan selepas 100 meter berlalu, Dhuha menggunakan kelebihannya itu untuk menamatkan saingan dengan catatan 1 minit, 50.03 saat.
"Saya tidak menjangkakan dapat memecahkan rekod pada Sukma kali ini, yang saya pasti saya dapat menang pingat buat Wilayah Persekutuan.
"Saya mempertingkatkan daya tahan memandangkan ini acara jarak jauh dan acara 200 meter ini bukan acara kegemaran saya." Katanya.