Membesar dengan cerita kejayaan ratu terjun negara itu, Datuk Pandelela Rinong, menjadi titik tolak permulaan buat atlet terjun Sarawak, Dayang Nursharzyra, turut menjadi penerjun yang disegani nanti.

Gandingan adik beradik kelahiran Sarawak, Awang Sharzan dan Dayang Nursharzyra mencipta kenangan terindah di venue yang dinamakan khas idola mereka itu iaitu Datuk Pandelela Rinong.

Beraksi di tempat latihan kem terjun Sarawak, ianya memberi kelebihan besar untuk merangkul pingat emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran, selain muncul satu-satunya gandingan yang melakukan terjunan darjah kesukaran tinggi sehingga berjaya menggumpul 227.13 mata secara keseluruhan.

Sementara itu, emas kedua peribadi Dayang direalisasikan dalam saingan 1 meter papan anjal individu sekaligus melengkapkan transisi permulaan era baru keluarga Dayang dan Awang.





"Saya semestinya rasa gembira dan bersyukur dapat meraih serta menyertai saingan Sukma bersama abang saya sendiri. Saya berasa bangga bila dapat emas dengan abang sendiri terutamanya.

"Semua penerjun tahu bahawa Datuk Pandelela memang idola, kebanyakan kanak-kanak yang hadir ke sini akan berasa bersemangat kerana nama dia. Saya akan bawa nama dayang ke luar negara." Katanya kepada Nadi Arena.