Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Nur Afrina Batrisyia sedia beri Zaidatul Husniah cabaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

afrina.jpg
Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, mengakui dia melewati saat yang cukup getir berlawan dengan diri sendiri untuk merebut kedudukan terbaik dalam acara pecut 200 meter hari ini.

Dia tidak menjangkakan keputusan pada Isnin mampu membuka lembaran lebih luas untuk sasaran seterusnya, iaitu misi mencatat catatan masa lebih baik dalam acara 100 meter.  

Walaupun muncul sebagai atlet terawal layak ke saingan Sukan SEA Thailand, misi atlet berusia 20 tahun itu kini mahu mengatasi rakan senegara yang juga merupakan ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli.





Selasa lalu, Nur Afrina sekali lagi menepati ramalan apabila muncul pemenang pingat emas serta turut memperbaharui rekod kejohanan dalam acara 200 meter menerusi catatan masa 23.89 saat

"Saya harap saya dapat beri cabaran pada Zaidatul Husniah. Zaidatul adalah rakan sepasukan saya sendiri, kami berlatih bersama dan saya rasa saya boleh beri saingan dalam usaha memecahkan rekod kebangsaan.

"Saya memecahkan rekod untuk kali kedua saya gembira dan masa yang saya catat diluar jangkaan." Kata pemenang pingat emas 200 meter itu.

Advertisement

Must Watch Video