Pelari pecut Selangor, Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal, menoktahkan pingat emas kedua selepas meraih pingat emas acara 200 meter wanita Sukan Malaysia (Sukma) 2024 dengan catatan mata 23.89 saat di Stadium Sarawak, sebentar tadi.
Catatan masa Afrina itu sekali gus memecahkan rekod temasya serta memastikan wakil Terengganu, Izzatul Musfirah Binti Ahmad Kamal Azira berpuas hati meraih pingat Perak dengan catatan masa 24.52 saat.
Dalam pada itu, dalam ketegori lelaki acara 200 meter pula dimenangi oleh atlet dari Pulau Pinang, Muhammad Sayyid Amin Bin Roslan, untuk merangkul pingat emas dengan catatan masa 21.21 saat walaupun menerima cabaran sengit pada penghujung larian daripada pemenang pingat emas acara 100 meter, Danish Iftikhar Bin Muhammad Roslee, yang merangkul pingat perak.
Saufi Tahir
Tue Aug 20 2024