Bapa atlet terjun muda negara, Clement Merom, mendedahkan bahawa satu panggilan telefon daripada rakannya sebelum anaknya Elvis Priestly dilahirkan menjadi titik tolak mengapa nama itu diberikan kepada anaknya.

Di sebalik keseronokan bercerita tentang betapa unik nama anaknya itu, Clement tidak menafikan bahawa hati seorang bapa tetap tersentuh melihat kesungguhan anaknya menjadi antara yang terbaik di kalangan penerjun-penerjun negara kerana ada satu ketika air mata jantan Clement turut gugur melihat apa yang di lalui anak kesayangannya itu






Dalam pada itu, hasrat Elvis untuk mencuri emas ketiganya dalam acara 10 meter platform tidak kesampaian apabila tewas di tangan rakan sepasukannya, Henrique Mccartney Harold, yang mencatat 409.10 mata untuk meraih emas buat Sarawak manakala Elvis pula di kedudukan kedua dengan 399.25 mata dan gangsa menjadi milik Sabah.

"Ada seorang rakan saya ketika Elvis dilahirkan dia hubungi saya, dia suruh saya letak nama Elvis Priestly kerana kakak dia bernama Madonna.

"Saya tidak tahu apa kaitan tapi dia suruh saya letak, jadi nama dia bukan saya yang beri. Elvis seorang pendiam, tetapi aktif, dia pandang nampak sungai dan kolam pasti mahu mandi.





"Latihan terjun bukan seperti bola sepak dan ragbi, terjun berbeza demi kebaikannya." Kata bapa Elvis Priestly.