Atlet muay thai Sarawak, Muhammad Mikail Ghazali Bin Zulfikar, merangkul pingat emas selepas menewaskan wakil dari Melaka, Zulfakar Qi Chan, dalam acara 51-54 kg lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Paragon Mall, Bintulu, sebentar lagi.

Mikail yang merupakan adik kepada jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali menewaskan Zulfakar 24-14 secara keseluruhan dalam tiga pusingan dengan aksi yang agresif daripada kedua-dua atlet memberikan aksi terbaik untuk merebut pingat emas.





Dengan kemenangan itu menyaksikan dia meneruskan rentak cemelrang selepas memenangi pingat emas dalam kategori 42 kilogram (kg) bagi usia 14 hingga 15 tahun di WBC Amazing MuayThai World Festival di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.