SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Lutfir Rahman, Farisya Alia bangkit sumbang emas terjun tuan rumah

Saufi Tahir 23/08/2024 | 12:15 MYT
Atlet terjun 10 meter platform seirama campuran tuan rumah dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, Muhammad Lutfir Rahman Mohammad Razak, mengakui gugup dalam terjunan keduanya selepas wakil Wilayah Persekutuan memungut lebih mata berbandingnya.
Percubaan yang tidak menjadi ketika latihan sedikit sebanyak mengganggu fokusnya selain kedudukan hampir digugat pencabar terdekat itu.
Namun, dia juga bersyukur atas bantuan dan kehadiran pasangannya, Nurul Farisya Alia Affendi, untuk kembali bangkit, seterusnya mengesahkan pingat emas dengan pungutan 234.66 mata.
"Saya hampir patah semangat, tetapi rakan dan jurulatih yang sentiasa menyokong saya. Ketika waktu latihan semua terjunan tidak menjadi jadi saya takut berlaku perkara sama.
"Ini memang sasaran untuk dapat emas dan hampir menyerah selepas melihat terjunan atlet Wilayah Persekutuan tadi. Tetapi kami saling memberi sokongan untuk beri aksi terbaik." Katanya.
#Malaysia #sukan #Terjun #Sukma #Sukma Sarawak #Lutfir Rahman
;