Sukma Sarawak 2024: Kontinjen Wilayah Persekutuan tingkat habuan buat atlet

Muzaffar Musa
Ogos 17, 2024 00:12 MYT
Kontinjen gimrama Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 menerima kejutan insentif pendahuluan imbuhan selepas memenangi pingat emas acara berpasukan hari ini.
Habuan itu merupakan wang pendahuluan sebanyak RM1,000 selain yang dijanjikan RM5,000 keseluruhan bagi memenangi pingat emas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa, ketika ditemui berkata kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis: "Saya mengcapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada adik-adik kita yang telah berjaya meraih emas dalam acara gimrama hari ini.
"Kalau kita lihat, gimrama ini secara tradisinya, kami telah memenanginya sejak 2006 lagi, jadi ia sudah sembilan kali.
"Kami menyasarkan enam daripada tujuh pingat emas dalam acara gimrama, jadi sekali lagi saya mahu mengucapkan tahniah buat pasukan kami dan tahniah juga buat jurulatih dan pengurus kerana dapat mengekalkan kemenangan ini," katanya.
#Sukan Malaysia #Wilayah Persekutuan #Sukma Sarawak 2024
;