Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Kanak-kanak lima tahun menang cabutan bertuah Perodua Aruz

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ainul-mardiah.jpg
Siapa sangka sebuah kereta Perodua Aruz menjadi milik kanak-kanak berusia lima tahun, Ainul Mardiah Hirizuan, dalam cabutan bertuah sempena Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024. 

Cabutan bertuah itu telah diadakan pada upacara pembukaan, minggu lalu, dan nama Ainul dipaparkan di layar gergasi Stadium Sarawak. 

Majlis penyampaian hadiah itu kemudian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Sukma, Datu Hii Chang Kee, hari ini. 

Perodua Aruz ini merupakan tajaan daripada Jawatankuasa Sukma Sarawak sebagai tanda penghargaan atas sokongan padu dengan semangat perpaduan membara sepanjang temasya ini berlangsung. 

 

Advertisement

Must Watch Video