Sukma Sarawak 2024: Jonah Chang pertimbang sertai acara baling tukul besi
Saufi Tahir
Ogos 23, 2024 18:51 MYT
Ogos 23, 2024 18:51 MYT
Sebaik merealisasikan pingat emas ketiga Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024, atlet lontar peluru negara yang membawa cabaran tuan rumah, Jonah Chang, pertimbang untuk serius dalam sukan baling tukul besi selain acara kegemarannya, iaitu lontar peluru.
Dia sebenarnya sudah pun menjalani beberapa siri latihan bersama dengan atlet baling tukul besi kebangsaan Sadat Maryuqi Ajisan, akhir-akhir ini dengan alasan sekadar suka-suka.
Daripada suka-suka terbit rasa tidak mustahil andai Jonah memilih untuk serius dalam sukan ini.
Baginya, ia bukan perkara yang mustahil untuknya memiliki kelebihan hampir sama dengan baling tukul besi.
Kelibat atlet kebangsaan, Jackie Wong, masih menjadi persoalan selain jarang berada dalam Majlis Sukan Negara (MSN) walaupun nama rakan senegerinya itu masih di dalam Program MSN.
Justeru, Jonah sedia bertanggungjawab untuk mengisi kekosongan yang ada.
"Kemungkinan itu ada, dalam acara baling tukul mungkin ya memandangkan tahun ini Sukma terakhir Jackie mahupun tahun depan saya tidak pasti.
"Saya sudah cakap kepada Sadat, bahawa dia juga memerlukan rakan untuk berlatih bersama-sama. Kadang-kadang banyak perkara boleh terjadi dalam kejohanan jadi kita perlu merendah diri.
"Sekarang saya boleh katakan saya gembira dengan tiga emas, tahniah buat kontinjen lain juga terutamanya Perlis yang berpotensi untuk memotong balingan saya." Katanya.
Hari terakhir di lapangan olahraga, Jonah menyempurnakan emas ketiganya dalam acara baling tukul besi, menerusi catatan 54.65 meter dan bakal menerima insentif RM45,000 daripada Kerajaan Negeri Sarawak.
Perak milik Perlis dan gangsa dibawa pulang Sabah.
"Satu cabaran untuk saya berlatih, dengan adanya Jonah ia bagus untuk saya, Mental dia sangat bagus kerana dia sangat bersabar. Walaupun dia tidak cukup sihat tetapi dia tetap akan berikan yang terbaik." katanya.
Dalam masa, hasratnya mendapat reaksi positif daripada jurulatih baling tukul besi kebangsaan, Sadat Maryuqi Ajisan.