SUKMA
Sukma Sarawak 2024: Johor tidak pernah aju anjur kanu
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Belia dan Sukan), Dato Gerald Rentap Jabu, menjelaskan bahawa Johor tidak pernah menghantar sebarang permohonan untuk sukan kanu dianjurkan dalam Sukan Malaysia (Sukma) ketika mesyuarat jawatankuasa, malah pernah ditawarkan untuk mengadakan temasya itu pada kali ini.
"Sebelum ini saya tidak pernah dengar mereka bangkitkan isu mengenai kanu dimasukkan dalam Sukma termasuk dalam mesyuarat jawatankuasa.
Edisi dua tahun lalu menyaksikan Johor menuai 23 emas tetapi ia tidak dipertandingkan kali ini berikutan tidak memenuhi kriteria.
Iklan
Chef-de-mission (CDM) itu merujuk kepada sukan terjun yang mengadakan enam acara berbanding 12 berikutan ketiadaan penyertaan negeri lain.
"Berdasarkan peraturan Sukma, jika kurang daripada enam negeri yang akan bertanding dalam sesuatu tertentu, maka kategori itu akan digugurkan," katanya.
Pengarah Majlis Sukan Sarawak, Awang Putra Yusrie, pula berpendapat penyertaan kali ini lebih rendah mungkin juga didorong oleh faktor had umur 21 tahun memandangkan edisi terakhir lalu, ia diubah kepada 23 tahun berikutan COVID-19.
Awang Putra menambah bahawa kanu juga bukan dalam 28 sukan teras Sukma tatkala semua sukan boleh dimohon oleh negeri yang mengambil bahagian.
Must-Watch Video