Kem futsal Selangor kekang kemaraan Pulau Pinang ke pentas final Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 selepas menundukkan pasukan utara itu dengan kemenangan 3-0.
Perlawanan epik yang berlangsung di Stadium Tertutup Kota Samarahan itu bermula perlahan pada awal permainan, namun selepas Selangor mendapatkan jaringan sulung bahang permainan kian meningkat.
Beralih ke separuh masa kedua, perlawanan menjadi hangat dengan beberapa situasi tegang berlaku di antara pemain kedua-dua pasukan yang menyebabkan layangan kad merah diberikan kepada tonggak Pulau Pinang.
Selangor kemudian bijak mengambil peluang atas kekurangan itu dengan menambah dua lagi jaringan, sekali gus menempah slot ke final yang berlangsung esok
"Kami perlu tambah baik dan jaringkan lebih banyak gol.
"Walaupun mereka mendapatkan sokongan padu tapi rakan sepasukan tidak gementar.
"Motivasi yang ditiupkan dalam bilik persalinan sebelum sepak mula membantu kami," pemain futsal Sukma Selangor, Muhammad Syauki Ahmad Puad.
ss
Wed Aug 21 2024