Sukma Sarawak 2024: Fakhrul Afizah perbaharui rekod kebangsaan acara 400m lari berpagar
Najmi Iman
Ogos 22, 2024 16:53 MYT
Ogos 22, 2024 16:53 MYT
Atlet Kelantan, Muhd Fakhrul Afizah, mempamerkan sensasi dalam perlumbaan akhir 400m lari berpagar lelaki selepas mengungguli saingan di tempat pertama untuk menggondol pingat emas keempat kem Kelantan di Stadium Sarawak.
Kejayaan itu turut menyaksikan Fakhrul Afizah mecipta kejutan apabila memperbaharui catatan masa rekod kebangsaan yang baru iaitu 51.11s di Sukan Malaysia (Sukma Sarawak) 2024, sebentar tadi.
Wakil Kelantan itu meninggalkan jauh pencabar terdekat untuk menewaskan pelumba dari Johor dan Wilayah Persekutuan bagi menduduki podium tertinggi kejohanan dwitahunan itu.