Skip to main content

Sukan Lain

Sukma Sarawak 2024: Dhuha curi perhatian dengan lima rekod baru di kolam renang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

dhuha.jpg
Muhammad Dhuha Zulfikry merupakan prospek perenang masa hadapan negara, berbekalkan bukan hanya mahir acara jarak pendek, malah turut pakar acara jarak jauh.

Buktinya, apabila Dhuha mudah menggetepikan cabaran pencabar untuk meraih emas 800 meter gaya bebas dengan catatan 8 minit, 14.58 saat. 

Pencapaian Dhuha sememangnya luar biasa apabila meraih emas keenam peribadi dan memecahkan lima rekod Sukma di Sarawak.






"Bagi saya kita perlu letakkan satu sasaran pingat memandangkan saya sudah berdisiplin dan datang latihan pada awal waktu.

"Mentaliti adalah dari Michael Phelps kerana saya jadikan dia sebagai idola. Dia punyai mentaliti disiplin yang berjaya dapatkan emas di Sukan Olimpik menjadi inspirasi.

Advertisement

Must Watch Video