P. Risheraam yang juga merupakan bakal doktor veterinar itu tetap bangga dengan pencapaiannya sehingga menarik minat lensa kamera media yang hadir di Stadium Stadium Sarawak.
Begitupun, dia juga mengakui sebelum ini Risheraam melalui saat sukar terhadap waktu pembelajarannya yang padat tatkala sudah terfikir untuk melupakan bidang larian kerana kekangan masa sebagai pelajar perubatan
Bakal doktor perubatan haiwan P Risheram hampir menyerah dengan memilih pelajaran namun kembali kepada cinta pertamanya yang membuahkan hasil - pingat perak di SUKMA !#SilverToGold #BelangTarungTigaWarna #SegalanyaDemiNegeriPerak#SukmaSarawak2024 #WhatsupKuching pic.twitter.com/PvUVb1N6D4
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 23, 2024
Dalam perkembangan berbeza, Kok Hui Ying, definisi atlet Wilayah Persekutuan yang tidak berputus asa selepas menggondol pingat perak acara 20km jalan kaki.
Sebagai rekod, acara tersebut merupakan kali pertama dianjurkan dalam kejohanan dwitahunan itu dan ia memberi makna yang cukup besar buat Hui Ying.
Selama penyertaannya dalam jalan kaki 20km, ini adalah kali pertama dia berjaya menghabiskan saingan dan lebih manis menduduki podium menerusi catatan 2j 6m 43.61s.