Skip to main content

SUKMA

Sukma Sarawak 2024: Andrew Goh, Gan Chen Jie diangkat Olahragawan, Olahragawati

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

chemn.jpg
Atlet renang Selangor, Andrew Goh Zheng Yin, dinobatkan sebagai Olahragawan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 selepas merekodkan lima pingat emas daripada tujuh acara yang disertainya.

Atlet berusia 20 tahun itu turut memecahkan rekod kebangsaan dan dua rekod temasya menerusi acara 100m kuak dada, 50m gaya kuak dada, 200m gaya kuak dada dan 4c100m rampaian berganti-ganti.

Penembak wanita Negeri Sembilan, Gan Chen Jie, pula diangkat sebagai Olahragawati selepas menuai tujuh pingat dalam tujuh acara yang disertainya.

Dia mengumpul 449 mata dalam individu Air Rifle 50m tiga posisi, secara tidak langsung mengatasi rekod kejohanan 443.5 mata yang dilakarnya dalam edisi lalu.





Kecemerlangan Olahragawati berusia 20 tahun itu memastikan kontinjen Negeri Sembilan meraih 12 emas dalam acara menembak. 

Advertisement

Must Watch Video