Kegembiraan atlet Wilayah Persekutuan, Izzati Najwa Mohd Zaki, meraih kemenangan dalam acara taekwondo wanita 62kg disulam perasaan sebak apabila kehadiran abangnya di venue pertandingan menjadi saksi kejayaan Izzati.
Pada mulanya, Izzati diberitahu bahawa Arif Zakwan tidak dapat menghadirkan diri atas urusan kerja namun, kasih sayang seorang abang mahu melihat kejayaan adiknya berhasil apabila datang tanpa diduga menjadi momen luar biasa buat Izzati.
Segalanya seakan sudah terbayar buat Izzati selepas hampir dua bulan tidak bersua muka bersama abangnya rentetan latihan yang padat di Thailand.
"Sudah semestinya saya menginginkan pingat emas meskipun saya datang ke sini hanya untuk mendapatkan pengalaman kerana tetapi saya juga mahu segala penat lelah berbayar," katanya.
Arif yang merupakan bekas atlet Wilayah Persekutuan, turut menyumbang kilauan pingat emas di edisi 2018, Sukma Perak, bagi kategori 87kg.
Najmi Iman
Tue Aug 20 2024