Atlet memanah Sabah, Eugenius Lo, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila menambah koleksi pingat emas ketiga dalam Sukan Malaysia (Sukma) Ke-19 selepas memenangi acara 30 meter compound individu lelaki di Padang Universiti Tekonlogi Petronas, Seri Iskandar, hari ini.
Eugenius, yang merangkul emas acara 70m compound individu lelaki semalam, menambah satu lagi pagi tadi menerusi 50m compound lelaki individu dan dia juga mencipta rekod baru kejohanan bagi kedua-dua acara itu.
Dalam acara 30m compound individu lelaki, pelajar Sekolah Tinggi Kota Kinabalu berusia 17 tahun itu mengesahkan emas ketiganya selepas mengumpul 360 mata dan kali ini, dia menyamai rekod kejohanan serta kebangsaan.
Pingat perak dan gangsa acara itu dimenangi pemanah dari Pulau Pinang, M. Khambeswaran serta Syed Imran Syed Ibrahim, selepas masing-masing mengutip 359 mata, namun Khambeswaran diisytihar pemenang tempat kedua selepas kiraan semula.
Selain tiga pingat emas itu, Eugenius turut memenangi pingat perak dalam acara 90m compound individu lelaki, semalam.