Perasaan bercampur-baur buat atlet muay thai Wilayah Persekutuan, Putra Abdullah Mahmoud, selepas menamatkan saingan bawah 57 kilogram, Sukan Malaysia (Sukma) MSN hari ini.

Terdahulu, dia meraikan kejayaan kakaknya, Puteri Rania Mahmoud, meraih pingat emas dalam kategori bawah 54 kilogram wanita dengan menewaskan wakil Terengganu, Adilah Safiah Ahmad Sofian.

Bagaimanapun, dia kemudian menamatkan acara final kategori bawah 54 kilogram wanita dengan meraih pingat perak selepas terpaksa menarik diri kerana kecederaan.

"Saya gembira untuk kakak saya kerana dia sudah berlatih dengan amat kuat," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Syen Yeoh.

"Saya juga berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pingat emas, tak tahu nak cakap sebab sudah tiga perlawanan dan ketiga-tiganya saya menang tetapi pada akhirnya, saya mengalami kecederaan yang amat teruk dan doktor tidak membenarkan saya untuk berlawan.

"Memang sangat sedih kerana tidak dapat beraksi dalam final," katanya.