Skip to main content

Sukan Lain

Sukma MSN: Shahidan Kassim tetapkan Wilayah Persekutuan muncul juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shahidan-kassim.jpg
Datuk Seri Shahidan Kassim meletakkan sasaran juara keseluruhan Sukan MAlaysia (Sukma) MSN 2022 ke atas kontinjen Wilayah Persekutuan.

Menteri Wilayah Persekutuan itu optimis  mampu mendominasi edisi kali ini meskipun sedar akan cabaran sengit yang bakal diberikan kontinjen lain dari 16 September depan. 

Kali terakhir Wilayah Persekutuan muncul juara Sukma ialah menerusi edisi 2014 yang berlangsung di Perlis.

"Persiapan kini di tahap 90 peratus, setiap sukan sedang menjalani latihan di kem fasa terakhir. 




"Selasa ini bakal diadakan Majlis Penyerahan Bendera oleh Wilayah Persekutuan ke Sukma MSN 2022. 

"Kami telah menetapkan matlamat. 

"Kami ingin menjadi johan pada kali ini," katanya dalam Majlis Penyampaian Bantuan Pentadbiran Kepada Persatuan Sukan hari ini.

Kontinjen Wilayah Persekutuan akan bertanidng dalam 31 termasuk dua sukan demontrasi iaitu silambam dan kavadi yang melibatkan 766 orang atlet dan pemain.


 

Advertisement

Must Watch Video