Skip to main content

Sukan Lain

Sukma: Hashimah yakin Selangor mampu capai sasaran

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hashimah.jpg
Jurulatih boling padang Selangor, Nor Hashimah Ismail, yakin anak didiknya dapat melaksanakan sasaran dua pingat emas pada saingan Sukan Malaysia (Sukma) Perak.

Pada edisi 2016 di Sarawak, Selangor secara keseluruhan meraih satu pingat perak serta empat gangsa bagi saingan boling padang.

Hashimah yang juga bekas atlet kebangsaan menerima tawaran Selangor awal tahun ini bagi membentuk skuad lebih mantap di Sukma Perak.

Hasil daripada persiapan yang dilakukan, beliau percaya dengan kemampuan pemain yang ditampilkan pada edisi kali ini untuk memperbaiki pencapaian dua tahun lalu.

"Apa yang kami harapkan berhasil. Saya mahu memastikan atlet-atlet Selangor mengekalkan momentum untuk terus mara ke final," katanya.

Dalam saingan yang berlangsung hari ini, gandingan Selangor, Afiqah Dayana serta Nurul Hidayah melakar kemenangan tipis 13-12 ke atas Sarawak yang diwakili Nina Hairani-Nur Fitri Rosmadi dalam aksi berpasangan perempuan untuk kekal menerajui Kumpulan L.

Turut mencuri tumpuan adalah kelibat pemain negara, Siti Zalina Ahmad yang membantu pasukan Sarawak bagi saingan kali ini.

Jelas Hashimah, perseteruan di luar gelanggang ini sesuatu yang berbeza buat dirinya tetapi misi tetap sama iaitu membantu pemain muda meningkatkan lagi prestasi mereka.

"Sarawak mengambil Zalina untuk menjadi jurulatih. Kami mengambil langkah ini untuk meningkatkan lagi mutu sukan boling padang di Malaysia."

Advertisement

Must Watch Video