Skip to main content

Sukan Lain

Sukma: ADAMAS bakal jalankan 200 ujian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ramlan.jpg
Pengarah Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz, memperuntukkan 200 sampel untuk diuji dalam Sukan Malaysia (Sukma) Perak walaupun atlet negara bebas daripada sebarang kes positif ketika Sukan Asia Indonesia 2018.

ADAMAS sudah mengenal pasti beberapa sukan berisiko tinggi dalam Sukma seperti angkat berat, olahraga dan menembak, untuk ujian doping dijalankan.

Setakat ini, seorang atlet angkat berat positif bahan terlarang jenis steroid ketika ujian saringan diwajibkan oleh Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) sebagai syarat penyertaan acara itu.

Pasukan ADAMAS sudah tiba di Perak dan bersiap-sedia menjalankan sekitar 200 ujian bagi memastikan temasya itu bebas daripada penggunaan bahan terlarang.

"Kami akan cuba seberapa banyak ujian yang boleh. Saingan Sukma adalah temasya sukan yang besar, setanding dengan Sukan SEA," kata Dr. Ramlan.

Beberapa atlet negara yang menyertai Sukan Asia turut akan mengibarkan cabaran di Perak.

Apa yang menarik, setakat ini tiada kes membabitkan atlet Malaysia ketika wakil Turkmenistan dan Mongolia masing-masing mencatat satu kes positif doping.

Advertisement

Must Watch Video