Skip to main content

SUKMA

Sukma: Abdul Hakim rindu sokongan ayah di tepi padang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

abdul-sukma.jpg
Pemain Rugbi 7 sebelah Wilayah Persekutuan, Abdul Hakim Shaifullah, berasakan program kem SUKMA anjuran Majlis Sukan Wilayah Persekutan (MSWIP) banyak membantu dirinya dari aspek semangat setiakawan yang tinggi.

Begitupun, dia sedikit terkilan tiada lagi kelibat arwah ayahnya yang pada kebiasaannya akan memberikan sokongan dan dorongan buat dirinya untuk bersukan.

Dalam satu temubual bersama wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, dia berkata: "Daripada program ini, ia memberikan kita semangat setia kawan kerana ada sesetengah aktiviti memerlukan kerjasama antara satu sama lain dengan saling membantu.

 

"Arwah ayah saya seorang yang minat bersukan dan dia suka melihat anak-anak dia bersukan, tetapi dia tidak sempat melihat saya di ketinggian ini bermain di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) dan mewakili negeri.\

"Keluarga saya bukan senang, arwah sanggup mengeluarkan duit untuk membelikan kasut buat saya. Saya sangat ingin arwah ayah saya melihat saya bermain dan rindu dia berada di sisi padang untuk melihat saya.

"Saya sangat mahu ayah saya berada di sisi saya. Suatu hari nanti saya akan jadi orang yang berjaya." katanya kepada Nadi Arena.

Advertisement

Must Watch Video