Genap setahun menuju upacara pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) 2026 dengan tuan rumah, Selangor memperkenalkan logo dan maskot rasmi temasya dwitahunan itu hari ini.
Konsep keseluruhan logo rasmi Sukma 2026 diinspirasikan beberapa elemen antaranya — helang putih, obor dan nyalaan api yang membentuk logo rasmi dengan disulami warna bendera Selangor, merah dan kuning.
Angka romawi XXII disepasukan secara harmoni dalam bentuk obor, menandakan penganjuran temasya Sukma yang ke-22.
Reka bentuk itu bukan sahaja memperingati edisi istimewa tersebut, malah meraikan kembalinya Selangor sebagai tuan rumah selepas 28 tahun.
Tidak lengkap sesebuah penganjuran temasya sukan tanpa maskot rasmi.
Maskot Sukma 2026 mengetengahkan burung helang putih yang melambangkan simbol kekuatan dan semangat belia.
Tona warna coklat pada sayap menandakan peringkat kematangan, penuh tenaga dan potensi.
Elemen api, pakaian dan kasut sukan menyerlahkan tenaga, moden dan gaya kesukanan.