Skip to main content

SUKMA

Sukma 2024: Stephanie Ngu lakar hatrik, sumbang tiga emas buat Sarawak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

stephanie-sarawak.jpg
Atlet wushu Sarawak, Stephanie Ngu Chai Ern, cemerlang menyumbangkan tiga pingat emas buat kem tuan rumah dalam saingan Sukma Sarawak (Sukma) 2024 di Stadium Wushu Sarawak, Kuching hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu menyumbangkan pingat emas menerusi acara wushu wanita individu qianshu, jianshu dan changquan untuk meletakkan pasukan tuan rumah mendahului di tangga teratas carta kutipan pingat dengan enam pingat emas secara keseluruhan ketika ini.





Sebelum meraih emas ketiganya hari ini, dia berjaya mengumpul 9.603 mata dan hanya berbeza tiga mata dibelakang pencabar terdekat dari Johor, Lee Jia Rong, yang terpaksa akur dengan pingat perak selepas mengumpul 9.600 mata.

Advertisement

Must Watch Video