Sukma 2024: Nyo Ci Hui sumbang pingat emas pertama buat Perak

Saufi Tahir
Ogos 14, 2024 17:21 MYT
Nyo Chi Hui membuka akaun pingat emas buat kontinjen Perak selepas menyumbangkan pingat emas pertama dalam sukan berbasikal lebuhraya bagi acara ujian masa perseorangan wanita di Sukan Malaysia (Sukma), hari ini.
Dia meraih podium selepas berjaya meraih catatan masa 0:41:10.793 minit mengatasi 18 pesaing lain.
Dalam pada itu, wakil Wilayah Persekutuan, Yeong Zhen Yi, meraih pingat perak selepas menamatkan saingan dengan +01:33.067 perbezaan daripada Chi Hui dan diikuti atlet dari Kedah, Nur Fitrah Binti Shaari di tempat ketiga dengan catatan masa 0:43:19.462 untuk membawa pulang pingat gangsa.
#Nyo Ci Hui #berbasikal lebuhraya #Sukma 2024
;