Sukma 2024: Melaka raih dua pingat emas dalam acara nanquan
Saufi Tahir
Ogos 14, 2024 16:36 MYT
Ogos 14, 2024 16:36 MYT
Atlet wushu Melaka, Bryan Ti Kai Jie, menyumbangkan emas pertama buat kem Melaka dalam acara nanquan di saingan Sukan Malaysia (SUKMA) selepas mengumpul 9.600 mata di Dewan Wushu SSC, Petra Jaya, hari ini.
Dia bersaing rapat bersama pemenang pingat perak, Foo Mun Fei, yang berjaya memperoleh 9,560 mata.
Persembahan Bryan yang mempertaruhkan konsep seni mempertahankan diri memastikan pingat emas menjadi miliknya untuk mengatasi 16 atlet lain dalam acara itu secara keseluruhan.
Manakala, pesaing tuan rumah, Fung Tai Leong meraih gangsa dengan 9,550 mata.
Satu lagi emas Melaka disumbangkan oleh Pei Ler Tan dalam acara sama dalam kategori perempuan.