Sukma 2024: Lee Chang Yang hadiahkan Wilayah Persekutuan pingat emas pertama
Saufi Tahir
Ogos 14, 2024 22:32 MYT
Ogos 14, 2024 22:32 MYT
Atlet wushu Wilayah Persekutuan, Lee Chang Yang, menghadiahkan pingat emas pertama buat kem Wilayah Persekutuan dalam acara taijijan lelaki individu di Stadium Wushu, Kuching, hari ini.
Dia cemerlang mengumpul 2.563 mata secara keseluruhan sekali gus mengenepikan pencabar terdekat dari Penang yang mengumpul 2.623 mata untuk meraih pingat perak.
Dalam pada itu, Kwan Yong Xin, juga menyumbangkan pingat gangsa dalam cara yang sama kategori wanita individu buat kem Wilayah Persekutuan.