Dalam perkembangan pasukan Perak pula, tiga sukan utama menjadi taruhan utama pasukan itu dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak kali ini.

Menteri besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, ketika ditemui di Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Sukma Perak, tidak menafikan bahawa bakal ada imbuhan tambahan terhadap atlet yang mencapai kejayaan luar biasa di Sarawak nanti.

Ini berikutan acara judo, karate dan silat menawarkan banyak pingat sekaligus sejajar dengan misi mereka untuk mencapai sasaran 30 pingat emas secara keseluruhan.




"Seramai 770 atlet untuk galas tanggungjawab dan bawa harapan Perak ke Sukma yang menyasarkan pungutan 35 pingat emas serta berada dalam kedudukan lima terbaik.

"Apa pun keadaannya mereka perlu pergi dengan niat untuk menang, ada hasrat dan matlamat untuk bawa pulang pingat. Semua orang berpeluang untuk rangkul pingat." Katanya kepada Nadi Arena.