SUKMA
Sukma 2024: Ini rahsia di sebalik kekuatan badang Jonah Chang
Jaguh lempar cakera negara, Jonah Chang, berkongsikan rahsia di sebalik kekuatannya secara peribadi sehingga berjaya membantu dia menyumbangkan tiga pingat emas buat Sarawak dalam saingan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 baru-baru ini.
Dalam satu perkongsiannya di laman media, dia menulis: "No Pork No Power (Hanya untuk bukan muslim sahaja).
Selepas meraih emas, atlet berusia 21 tahun itu sedang mempertimbangkan untuk menyertai acara baling tukul besi sebagai cabaran baru buat dirinya.
Untuk rekod, Jonah berjaya memecahkan rekod temasya selepas membuat balingan sejauh 17.66 meter dalam acara lontar peluru walaupun dibelenggu kecederaan.