Sukma 2024: Foo Mun Fei sumbang emas kedua Perak menerusi acara nangun
Saufi Tahir
Ogos 15, 2024 20:27 MYT
Ogos 15, 2024 20:27 MYT
Atlet Wushu Taolu Perak, Foo Mun Fei, menyumbangkan emas kedua buat kem Perak dalam acara Nangun individu lelaki saingan Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Wushu Sarawak, Kuching hari ini.
Dia mengenepikan cabaran 15 pesaing lain untuk meraih pingat emas selepas mengumpul 2.593 mata secara keseluruhan dengan perbezaan tiga mata sahaja dengan pemenang pingat perak dari Johor.
Dalam pada itu, pingat gangsa menjadi milik atlet dari Wilayah Persekutuan, Sing Guang Sheng, selepas mengumpul 2.570 mata.