OLAHRAGA

Sukma 2024: Fiross Mohd Faizal tekad balas jasa Wilayah Persekutuan, sasar raih pingat emas

Saufi Tahir 14/08/2024 | 11:41 MYT
Watak utama kontinjen olahraga Wilayah Persekutuan, Muhammad Fiross Mohd Faizal, menjadikan temasya Sukan Malaysia (Sukma) sebagai medan persiapan sebelum beraksi di Kejohanan Remaja Dunia B-20 tahun, Peru, pada Ogos depan.
Pelari 110 meter berpagar itu berdepan situasi sukar apabila terpaksa menempuhi corak latihan berbeza kerana perbezaan ketinggian pagar di Sukma dan Kejohanan Remaja Dunia.
Fiross akan beraksi di temasya dwi tahunan itu dengan ketinggian pagar atlet senior berbeza berbanding sebelum terpaksa ini dimana dia menyesuaikan diri dengan ketinggian pagar lubang 4 ketika kejohanan peringkat remaja dan senario ini nyata tidak menyebelahinya ketika ini.
Begitupun, dia enggan menjadikan perbezaan ketinggian pagar sebagai alasan untuk tidak menyerlah pada dua kejohanan terbesar dalam kariernya musim ini dengan Fiross tekad untuk kembali menyerlah dan berada di prestasi terdahulu.
Antara pesaing utama Fiross dalam acara 110 meter berpagar di Sukma adalah pelari sensasi kelahiran Johor, Muhammad Hazriq Cik Mat Kilau dan Elvin Yap dari Sarawak.
"Perbezaan dia untuk setiap orang lain-lain kerana jika ketinggian individu itu lebih tinggi maka tahap lompatan dia akan lebih tinggi.
"Tahap lima ini bagi saya masih agak kekok buat masa ini, dan saya akan belajar dengan orang yang lebih berpengalaman serta berlatih.
"Daripada tinggi ke rendah lebih mudah. Saya akan cuba yang terbaik dan balas jasa Wilayah Persekutuan serta letakkan sasaran pingat emas di Sarawak kali ini." Katanya kepada Nadi Arena.
#Wilayah Persekutuan #Sukma 2024 #Muhammad Fiross Mohd Faizal
;