SUKMA 2024: Brunei bakal sertai 11 sukan dalam penyertaan ke-12 sejak 2000
Radzi Rahan Hamid
Julai 17, 2024 11:20 MYT
Julai 17, 2024 11:20 MYT
Brunei tidak pernah ketinggalan untuk mewarnai kemeriahan Sukan Malaysia (SUKMA) sejak edisi 2000 lagi dengan tahun ini kontinjen dari kepulauan Borneo itu bakal menghantar atlit daripada 11 sukan dengan antaranya Catur, E-Sukan, Lawan Pedang, Karate, Pencak Silat, Sepak Takraw, Taekwondo dan Wushu.
Perkara ini disahkan Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang merasakan penglibatan Brunei dalam temasya kali ini mampu memeriahkan lagi penganjuran edisi ke-21 ini sekaligus merancakkan kehadiran penyokong dari negara jiran itu.
Dalam penyertaan di edisi 2022 di Kuala Lumpur, kontinjen Brunei berjaya menamatkan kempen SUKMA dengan pungutan 2 perak & 2 gangsa dan kali terakhir mereka raih pingat emas adalah kira-kira 10 tahun yang lalu ketika di edisi 2014 di Perlis.