SUKAN LAIN

Sukma 2022: Saniy tekad tamat penantian pingat emas

Ammar Hakim 21/08/2022 | 11:02 MYT
Atlet berbasikal bmx negara, Saniy Shahmi Mohd Safiee, memberikan amaran untuk menamatkan penantian enam tahun menjelang Sukan Malaysia (Sukma), bulan depan apabila meraih pingat gangsa kategori lelaki bawah 23 tahun.
Pelumba kelahiran Terengganu itu memberikan tentangan sengit kepada jaguh utama benua ini sebelum Ryo Shimada meraih emas dengan 33.501 saat diikuti Indonesia meraih Perak.
Kejayaan itu bukti Saniy Shahmi di landasan tepat untuk menamatkan penantian emas Sukma selepas meraih gangsa pada 2016 dan perak pada 2018.
"Sasaran saya sekarang adalah memberikan tumpuan kepada Sukma terlebih dahulu. Selepas itu, terdapat beberapa kejohanan yang bakal disertai akan datang," kata Saniy.
;