Skip to main content

Sukan Lain

Sukma 2022: Atlet B-23 diberi kebenaran khas sertai temasya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

faizal-azumu_1.jpg
Atlet berusia 23 tahun dan ke bawah diberikan kebenaran khas untuk menyertai Sukan Malaysia (Sukma) edisi 2022 di Lembah Klang bermua 16 September depan.

Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma hari ini memutuskan perkara itu selepas Sukma Johor 2020 terpaksa dibatalkan berikutan pandemik koronavirus.

Keadaan itu mengakibatkan atlet yang telah melakukan persiapan sejak dua tahun lalu terlepas saingan berkenaan, sekali gus menjadi pembaziran daripada segi proses kitaran atlet.

Kelulusan had usia itu hanya untuk edisi di Lembah Klang kali ini dan peraturan bawah 21 tahun akan kembali dikuatkuasakan bagi edisi 2024.

Terdahulu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melancarkan Kempen 100 Hari Menjelang Sukma 2022, termasuk memperkenalkan maskot bernama Oyen.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, sewaktu majlis pelancaran itu berkata: "Atlet-atlet kita terlalu dahagakan pertandingan, terutama dalam kejohanan besar seperti ini.

"Kita dapat melihat, walaupun kami menyenaraikan majoriti atlet muda dalam Sukan SEA Vietnam baru-baru ini, mereka masih dapat memberikan saingan.

"Tentunya menjelang Sukan SEA yang akan datang, kurang 10 bulan dari sekarang, Sukan Malaysia kali ini cukup penting untuk mereka meneruskan persediaan untuk mewakili negara dalam acara yang lebih besar," katanya.
 

Advertisement

Must Watch Video