Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Perak, Howard Lee Chuan How, percaya mereka mampu menganjurkan Sukan Malaysia (Sukma) 2018 dengan jayanya walaupun tidak menafikan masih ada kerja penambahbaikan pada saat-saat akhir yang dijalankan ketika ini.
Kerajaan negeri Perak tampak sudah bersedia untuk menganjurkan Sukma 2018 dan Howard berpuas hati dengan semua perkembangan mengenai persiapan bagi penganjuran temasya itu.
"Sudah tentu ia jauh daripada sempurna kerana tiada perkara yang hadir tanpa sebarang kekurangan. Namun, kami boleh dikatakan 99.9 peratus sudah selesai dan bersedia dalam menjalankan amanah menjadi tuan rumah," kata Howard.
Sebelum ini, wujud kerisauan mengenai velodrom bagi acara berbasikal tetapi Howard mengesahkan bahawa pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) telah memberi lampu hijau untuk ia digunakan.
"Pengiktirafan atau lampu hijau telah diperoleh daripada UCI. Daripada segi trek, ia telah siap dan boleh digunakan. Cuma, terdapat beberapa aspek kemudahan yang masih dalam proses akhir penambahbaikan."