Skip to main content

Universiade

SUKIPT: UUM terima sambutan unik atas penganjuran selesa

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

umk.jpg
Sebagai penganjur dan tuan rumah temasya sukan, semestinya semua pihak mahukan kepuasan tetamu yang hadir mengalami pengalaman yang menarik.

Ramai atlet dari serata penuntut Universiti menzahirkan maklum balas positif terhadap kemudahan penginapan dan fasiliti yang disediakan tuan rumah, Universiti Utara Malaysia, untuk penganjuran Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT).

Pun begitu, ada beberapa atlet juga sempat memberikan cadangan penambahbaikan untuk tuan rumah SUKIPT edisi depan.



"Buat masa sekarang, penginapan yang disediakan sangat selesa, bersih dan berpuas hati cuma kekurangan terhadap perkhidmatan internet selain kemudahan lain seperti dobi, kafe juga memadai," kata atlet petanque Universiti Malaysia Kedah (UMK), Herman Rahim.

"Saya meletakkan skala 9/10 atas penyediaan kemudahan yang cantik," kata pemain sepak takraw Universiti Islam Melaka (UNIMEL), Muhammad Amirul Haikal

Advertisement

Must Watch Video