UNIVERSIADE

SUKIPT: UNITEN raih emas bola jaring, tewaskan UITM

Saufi Tahir 13/09/2024 | 11:23 MYT
Pasukan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), muncul juara acara bola jaring selepas menewaskan pasukan Universiti Teknologi MARA (UITM) dalam temasya Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 di Sintok, Kedah, hari ini.
Kapten pasukan, Nur Aqidah Ramlan tetap berbangga dengan semangat sepasukan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan selain berasakan UITM telah memberikan tentangan yang cukup sengit kepada pasukan lawan.
"Saya berasa bangga dengan pasukan saya, semangat kami kuat kerana hingga wisel penamat kami dapat beraksi dengan baik. Agar sukar berdepan UITM, tetapi kami berjaya melakukannya,"katanya.
Dalam pada itu, pengendali skuad UNITEN, Norizan Rejab, memberikan bayangan bahawa beberapa pemain sedia ada bakal dikekalkan untuk pasukan KL Wildcats bagi saingan Netball Super League yang akan membuka tirai Februari depan.
"Saya rasa ini adalah pengalaman yang bagus untuk beraksi dalam kejohanan ini, digabungkan dengan pemain baru saya rasa mereka dapat berikan cabaran yang baik.
"Dari segi menyesuaikan keadaan tiada masalah buat mereka. Pesanan saya buat semua pasukan jika ingin menang perlu berlatih sepanjang tahun dan bukannya dua minggu sebelum kejohanan." katanya kepada Nadi Arena.
#UiTM #Bola Jaring #SukIPT #Universiti Tenaga Nasional
;