Skip to main content

Sukan Lain

SUKIPT: UNISZA sambar dua emas memanah compound

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hakhiki-mohd-kamro.jpg
Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) mengungguli kedua-dua pingat emas acara compund individu lelaki dan wanita Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Bangi, hari ini. 

Nur Aina Yasmine Halim menewaskan Syarah Syuhaidah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 140-133 manakala Hakhiki Mohd Kamro menebus kekecewaannya semalam dengan muncul juara selepas menewaskan Abid Faridi dari USIM 141-134. 

"Saya tidak jangka akan ke final, namun dengan sokongan rakan-rakan dan jurulatih, saya berjaya mara, seterusnya menang," kata Hakhiki.

Sementara itu, dalam acara recurve lelaki, pemanah Universiti Putra Malaysia (UPM), Alif Adha Hassan, memenangi pingat emas selepas berhempas-pulas menundukkan pemanah UNISZA, Ikram Zaidi, 6-4.

Emas acara recurve individu wanita pula milik pemanah dari Universiti Teknologi Malaysia (UiTM), Nurshafika Shabani, selepas menewaskan Nurul Basirah dari Politeknik Malaysia dalam pusingan shoot-off selepas terikat 5-5 dalam pusingan akhir. 

"Situasi agak genting tadi, saya sangat gemuruh, namun Alhamdulillah menghasilkan persembahan yang baik,"  kata Nurshafika. 

Advertisement

Must Watch Video