FUTSAL

SUKIPT: UITM pertahan kejuaraan, kenduri gol benam UPSI

Saufi Tahir 10/09/2024 | 09:42 MYT
Universiti Teknologi Mara (UITM) berjaya mempertahankan kejuaraan selepas membenam Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan keputusan 5-0 menerusi acara futsal Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) di Arena Sukan UUM, hari ini.
Keputusan itu juga hampir menyamai rekod jaringan yang pernah dicatatkan pada saingan SUKIPT edisi lepas dengan membelasah Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) dengan keputusan 8-0.
Menurut kapten pasukan UITM, Muhammad Haiqal Hasnor, secara peribadinya dia mahukan rekod itu diperbaiki namun terpaksa akur dengan kehilangan beberapa pemain utama dalam edisi kali ini.
"Selepas beraksi di Sukan Universiti ASEAN (AUG), kami terus bermain di Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) dan SUKIPT, jadi tiada banyak masa untuk rehat.
"Jika mahu dibandingkan, skuad pada 2022 lebih baik kerana beberapa pemain yang tiada susulan kecederaan dan tamat pengajian. Tetapi tiada masalah.
Dalam pada itu, penjaring UITM Muhammad Zufayri Shamsul Asmardy, menjadikan kekalahan ke atas UPSI dalam peringkat kumpulan sebelum ini menyemarakkan lagi semangat membalas dendam dalam dirinya dalam aksi perlawanan final.
#Futsal #UiTM #SukIPT #Sukan Institusi Pengajian Tinggi #UPSI
;